“Ibu, terus kuat..” – Pesanan Terakhir Adib Sebelum Tragedi Kemalangan Pelajar UPSI

10 Jun 2025 • 12:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Pesanan Terakhir

Ibu kepada salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi Isnin tidak menyangka ucapan hari lahir jadi petanda Muhammad Adib Hazim Halim, 21, pergi buat selamanya.

Menurut laporan Kosmo! Online, Ruslinan Abd. Razak, 55, berkata anak lelakinya itu sempat menitipkan kata-kata bermakna menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp sempena ulang tahun kelahiran wanita itu pada Sabtu lalu.

Pesanan Terakhir

image is not available

Foto: Kosmo! Online

“Adib menitip ucapan, ‘Istimewa untuk ibu, terus kuat’ yang amat mengharukan saya.

“Pada mulanya saya pelik kenapa arwah mengungkap ucapan begitu sempena ulang tahun kelahiran saya, rupanya ia petanda pemergiannya buat selamanya,” katanya.

Walaupun sedih dengan kehilangan anak keenamnya daripada tujuh beradik itu, namun Ruslinan menerima takdir yang ditetapkan Allah dan bersyukur dengan pengakhiran Muhammad Adib.

“Raut wajah jenazah Muhammad Adib Hazim seperti sedang tidur sahaja dengan sedikit kesan luka ringan,” ujarnya.

Pesanan Terakhir

image is not available

image is not available

image is not available

Jenazah Muhammad Adib selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Gajah, Hulu Besut pada pukul 12.30 tengah malam.

Terdahulu, media melaporkan 15 orang dilapor disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Upsi dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin.

Sumber: Kosmo! Online (Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli)