
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 23 Januari lalu, kami ada melaporkan kisah pengorbanan seorang wanita yang menolak stroller pada jam tiga pagi semata-mata mahu mencari roti kegemaran anak lelakinya.
Ibu bersama anak istimewanya itu ditemui oleh seorang rider penghantar makanan yang kebetulan terjumpa mereka di Kuang, Selangor.
Rider tersebut kemudiannya membantu wanita berkenaan mendapatkan roti kegemaran anaknya di kedai berhampiran memandangkan tiada stok produk tersebut di kedai yang dituju.
Kisah itu nyata mendapat perhatian hingga ramai tersentuh dengan tindakan wanita yang sanggup berkorban demi anaknya serta memuji rider berkenaan yang sanggup menghulurkan bantuan.
Baca Artikel Berkaitan: Rider Bantu Wanita Tolak Stroller 3 Pagi Cari Roti Untuk Anak Autisme Raih Pujian [Video]
Ibu Anak Autisme & Suami Kini Koma Kerana Kemalangan Jalan Raya
Terbaharu, wanita yang tular kerana kisahnya yang menolak stroller anak autistik jam 3 pagi semata-mata mencari roti koma selepas dia terlibat dalam kemalangan langgar lari di Sungai Buloh pada 26 Januari lalu.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam dua pagi berhampiran Stesen MRT Kampung Selamat itu turut melibatkan suami serta anaknya.
Ahli Keluarga Rayu Cari Saksi Kemalangan Salurkan Maklumat
Ekoran dari kejadian ini, keluarga mangsa merayu saksi kejadian untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.
Perkara itu disuarakan sendiri oleh adik mangsa, Sharifah Maizatul Syed Mansor menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook.
“Kami mencari saksi kes langgar lari kakak, abang ipar serta anak buah di Jalan Kampung Selamat malam tadi. Terima kasih, hanya Allah mampu membalas jasa anda,” tulisnya.
Malah, ahli keluarga yang lain turut memuat naik keadaan motosikal mangsa dan meminta saksi kemalangan untuk tampil memberikan maklumat.

Kakak & Abang Ipar Kritikal, Anak Pasangan Berada Dalam Keadaan Stabil
Kongsi Sharifah Maizatul, kakak dan abang iparnya berada dalam keadaan kritikal manakala anak buahnya hanya mengalami cedera ringan.
“Kami amat berharap ada saksi yang melihat kejadian itu untuk membantu siasatan. Alhamdulillah, anak mereka selamat, tetapi kakak dan abang ipar masih belum sedarkan diri,” katanya.
Perkara yang sama turut dikongsikan oleh adik mangsa yang lain iaitu Sharifah Zariena Syed Mansor menerusi hantaran di Facebook miliknya.
Alhamdulillah al'a kulli hal 🥹 Semoga kakak dan abang ipar dipermudahkan segala urusan nya. Kemalangan langgar lari…
Posted by Sharifah Zariena Syed Mansor on Saturday 25 January 2025
Kakak Ipar Jalani Pembedahan Pada Otak, Abang Ipar Masih Belum Sedar
Menerusi hantaran terbaharu Sharifah Zariena Syed Mansor di Facebook, kakaknya kini sudah sedarkan diri namun perlu menjalani pembedahan pada bahagian otak dan kaki kiri.
Manakala, abang iparnya pula masih belum sedar dan berkemungkinan akan diintubasi.
“Kakak dah sedar, tapi alhamdulillah al’a kulli hal akan menjalani pembedahan pada otak bila-bila masa sahaja hari ini (27 Januari) kerana ingin membuang darah yang bertakung dalam kolam air otak.
“Keadaan dia hari ini kurang baik dari semalam (26 Januari). Pembedahan akan di lakukan juga pada kaki kakak sebelah kiri yang patah.
“Abang ipar pulak, kesedarannya hanya 9% dari kita yang normal ni 15% kalau makin turun. Mungkin akan di intubate. Masih belum sedar,” kongsinya lagi.
Bismillahirrahmanirrahim. Up date terkini kakak dan abg ipar saya: Alhamdulillah binimathi tatimus solihat 1) Kakak…
Posted by Sharifah Zariena Syed Mansor on Monday 27 January 2025
Baca Artikel Berkaitan:
Source:



