“Ibu Tunggal Bukan Lemah, Dia Memilih Untuk Kuat…” – Hantaran Rita Rudaini Undang Sebak

LocalEntertainment
28 Aug 2025 • 3:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Apa sahaja perkongsian aktres Rita Rudaini berkaitan sentimen ibu bapa, anak-anak mahu pun isu ibu tunggal pasti akan meraih perhatian ramai.

Terbaru, hantaran pelakon berusia 49 tahun itu mencuri tumpuan kerana dilihat seolah-olah meluahkan perasaannya selepas dia menulis tentang ibu tunggal.

image is not available

Tulis Rita, ibu tunggal bukanlah seorang individu yang lemah namun sebaliknya golongan ini memilih untuk terus kuat ketika menjalani kehidupan tanpa seorang lelaki bergelar suami di sisi.

Ibu tunggal bukan lemah …dia wanita yang memilih untuk kuat, saat pilihan lain tak wujud. Dalam diamnya ada doa, dalam letihnya ada cinta yang tak pernah padam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Ramai menulis komen positif kepada Rita dan tidak kurang juga yang berterima kasih kepada aktres tersebut kerana memberikan kata-kata semangat buat golongan ibu tunggal.

Kebanyakan individu yang meninggalkan komen pada hantaran tersebut merupakan ibu tunggal, sama seperti Rita dan rata-ratanya berkata mereka faham apa yang dilalui aktres itu.

image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available 2025-08-20 16:21:31

"Anak Menjauh Bukan Kerana Hasutan Tapi Kenangan" - Rita Rudaini Sindir Siapa?