Ibu tunggal mahu keadilan terhadap dua anak yang dakwa dibuli

LocalFamily & Parenting
5 Oct 2026 • 12:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ibu tunggal mahu keadilan terhadap dua anak yang dakwa dibuli

IPOH – Ibu tunggal kepada tiga anak berharap keadilan terhadap dua anak lelakinya yang didakwa telah dibuli di sebuah sekolah menengah agama di Chemor di sini dalam dua kejadian berasingan pada Julai dan Ogos lalu.

Menurut Noor Azwani Ahamad , 43, dia telah membuat dua laporan polis berkenaan dakwaan kejadian buli tersebut serta berharap tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat sekiranya bersalah.

“Anak lelaki saya yang berumur 18 tahun yang berada di sebuah bilik di sekolah berkenaan telah ditampar sebanyak enam kali dibahagian pipi oleh seorang guru.

“Seterusnya, guru itu menarik kolar bajunya dan mengenggam penumbuk dengan ugutan untuk menumbuknya,” katanya pada sidang akhbar di Tanjung Rambutan di sini hari ini.

Katanya yang merupakan seorang pegawai penilai TVET fisioterapi, selepas kejadian tersebut, anaknya didakwa mengalami kesakitan di bahagian muka, pipi, mulut dan rahang.

“Anak saya juga mengadu rahangnya berbunyi apabila membuka mulut dan mengadu kesakitan,” katanya.

Jelasnya, seorang lagi anak lelakinya berumur 17 tahun didakwa juga telah dibuli di sekolah yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah memaklumkan telah menerima dua laporan polis berkenaan kejadian tersebut.

Katanya, kes masih disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. – KOSMO! ONLINE

The post Ibu tunggal mahu keadilan terhadap dua anak yang dakwa dibuli appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved