'Dia macam biasa, seronok belajar sahaja.' Pertemuan minggu lalu kenangan terakhir, bapa harap keadilan untuk Irene Sofiya

5 Oct 2026 • 9:44 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Dia macam biasa, seronok belajar sahaja.' Pertemuan minggu lalu kenangan terakhir, bapa harap keadilan untuk Irene Sofiya

KEJADIAN yang menimpa remaja, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, meruntun hati ramai apabila dia ditemukan maut disyaki dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.

Dalam kesedihan yang masih dirasai, keluarga Irene Sofiya berharap pembelaan dan keadilan dapat ditegakkan mangsa, selain menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Bapanya, Mohd Khairool Faisal Khyar, ketika ditemui media selepas majlis pengebumian Irene Sofiya di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir dan membantu keluarga dalam menguruskan pemergian anaknya.

"Terima kasih kepada semua yang datang. Kami harap dapat sokongan semua datang. 

"Kami berharap untuk tegakkan keadilan untuk anak saya,dan semua pihak dapat memberi bantuan. 

Mengimbas kembali saat menerima berita mengenai kejadian itu, Mohd Khairool Faisal berkata, dia hanya mengetahui perkara berkenaan pada petang sebelumnya ketika berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.

"Saya baharu tahu (kejadian menimpa Irene Sofiya) semalam, ketika itu 6 petang, saya di Kuala Lumpur, tengah bekerja Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Mohd Khairool Faisal turut mengimbas pertemuan terakhir bersama puteri tunggalnya kira-kira dua minggu lalu.

Menurutnya, Irene Sofiya ketika itu kelihatan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang petanda bahawa pertemuan tersebut bakal menjadi kenangan terakhir buat mereka.

"Dia macam biasa, dia seronok belajar sahaja," kongsinya.

Image from: 'Dia macam biasa, seronok belajar sahaja.' Pertemuan minggu lalu kenangan terakhir, bapa harap keadilan untuk Irene Sofiya

Dalam pada itu, Mohd Khairool Faisal bersyukur apabila segala urusan berkaitan pengebumian anaknya dipermudahkan dengan bantuan pelbagai pihak.

"Syukurlah hari ini urusan dipermudahkan. Syukur kepada semua yang datang yang membantu untuk memudahkan urusan. 

Dalam masa sama, dia meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan berkaitan kejadian berkenaan.

"Harap tiada penyebaran yang tak sepatutnya. Semuanya pun dalam siasatan polis, kami serahkan kepada yang berkuasa," kongsinya.

Terdahulu, Irene Sofiya ditemukan maut dalam kejadian di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.

Mangsa terdahulu ditemui neneknya bersama seorang rakan yang datang ke sekolah selepas menyedari pelajar terbabit tidak pulang ke rumah walaupun kelas tambahan sudah berakhir pada petang Sabtu.

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat direman bermula 4 hingga 9 Oktober, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Difahamkan, telefon, pakaian dan selipar suspek antara bahan yang dirampas.

Sumber: Instagram

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved