Ibu Usia 20 Tahun Tergamak Tekup Bayi Hingga Maut Gara-Gara Hadapi Masalah Rumah Tangga

19 Jan 2023 • 6:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang ibu muda berusia 20 tahun telah ditahan bersama teman lelakinya kerana disyaki menekup dan mencekik anaknya yang berusia 18 bulan selepas bermalam bersama kekasihnya di sebuah kondominium di Cyberjaya pada 12 Januari lalu.

Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur.

Tertekan kerana ada masalah keluarga

Gambar hiasan

Menerusi keterangan awal, suspek mendakwa kononnya mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

Bayi yang dibawa dalam keadaan tak sedarkan diri dan hasil pemeriksaan doktor mendapati ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan kesan penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Bayi itu meninggal dunia selepas tiga hari dirawat di hospital. Pihak polis yang menerima laporan daripada hospital cuba menghubungi ibu yang menjadi suspek utama tetapi gagal dihubungi.

“Bedah siasat mendapati kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.”

“Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.”

“Punca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa.” lapor Berita Harian.

Teman lelaki nafi terlibat dalam kes ini

image is not available
Gambar hiasan

Selain suspek, teman lelakinya berusia 21 tahun yang merupakan pelajar kolej turut ditahan, bagaimanapun nafi terlibat di dalam kes ini.

Dia mendakwa telah hadir ke rumah yang dijadikan rumah inap untuk bermalam dengan suspek, namun pada waktu kejadian, dia dikatakan sudah pulang.

Difahamkan, suami suspek yang berusia 20 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana dipercayai tidak terlibat kerana tidak berada di lokasi semasa kejadian berlaku.

Hmmm semoga peristiwa ni jadi pengajaran kepada masyarakat…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.