Ibu Virgoun Merungut Bekas Menantu Hanya Berikan RM800 Setiap Bulan, Tuduh Inara Tamak Haloba

Entertainment
13 Jun 2023 • 12:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, ibu kepada penyanyi Virgoun meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bekas menantunya, Inara Rusli secara terang-terangan.

Menerusi satu temu bual, Eva Murung mendedahkan bahawa wang bulanan yang diberikan kepadanya sedikit selain menuduh Inara tidak pandai mengurus kewangan.

Katanya lagi, wang diberikan oleh Inara itu adalah 2.7 juta rupiah (RM840) dan jumlah tersebut tidak cukup untuk menampung kehidupannya di Jakarta.

image is not available

Menurut Eva, Virgoun akan memberikan wang setiap bulan kepada Inara sebanyak 70 juta rupiah (RM2177) namun enggan ‘bersedekah’ duit tersebut kepada yang memerlukan.

Dia turut meminta agar bekas menantunya itu tidak terlalu tamak haloba dan menggunakan semua wang diberikan Virgoun untuk dirinya sahaja.

Eva turut merungut kerana hanya diberikan 500,000 ribu rupiah (RM155) ketika perayaan Krismas.

image is not available

Bagaimanapun, Inara tampil membela diri dan berkata wang yang diberikan kepadanya itu adalah mengikut persetujuan dibuat sebelum ini.

Ketika ini, di Indonesia sedang hangat berlaku perbalahan di antara kakak serta ibu Virgoun bersama dengan bekas isterinya sejak tular tentang pendedahan Inara.

image is not available 1 bulan lalu

"Saya Cipta Lagu 'Bukti' Untuk Isteri Tapi Selepas Itu Saya Berubah & Curang" - Virgoun Bakal Fail Cerai