Inara Rusli Buka Purdah Untuk Sara Anak, Netizen Terpegun Lihat Kecantikan Bekas Isteri Virgoun

Entertainment
21 May 2023 • 11:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika kemelut rumah tangga masih belum berkesudahan, isteri kepada penyanyi Virgoun dari Indonesia, Inara Rusli sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila membuat keputusan untuk tidak lagi memakai niqab atau purdah.

Dalam satu sidang media yang berlangsung pada Khamis, Inara kembali melepaskan bahagian yang menutupi separuh muka itu atas alasan supaya dapat kembali bekerja dan menyara keluarganya. Korang boleh tengok video sidang media dalam video @tamluvbunny di bawah.

 

Lawa betul!

Rata-rata netizen terpegun dengan kecantikan Inara yang terpaksa melepaskan purdah semata-mata untuk bekerja. Memang diakui, Inara memilik wajah yang sangat cantik dan manis.

image is not availableCantik betul kan. Min tengok komen netizen bukan setakat lelaki je yang puji, perempuan pun akui kecantikan Inara ni.

image is not available

image is not availableInara sebenarnya terpaksa, semata-mata untuk sara anaknya. Itulah pengorbanan seorang ibu.

image is not availableAmiinn. Semoga segala urusan Inara dipermudah. Mudah-mudahan keputusan beliau untuk buka purdah demi sara anak-anak diberkati.

image is not availableTak pasti undang-undang negara seberang macam mana untuk hak penjagaan anak. Apa-apa pun, kita doakan semoga pengorbanan ini diberkati sentiasa.

image is not available

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.