Ibu Yang Masih Ziarah Kubur Arwah Nur Farah Kartini Pagi Ini Undang Sebak Ramai

19 Jul 2024 • 2:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ibu Nur Farah Kartini

Kecoh di media sosial mengenai kes bunuh adik Nur Farah Kartini sejak mayatnya dijumpai di di Felda Gedangsa, Hulu Selangor baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, keluarga kepada Allahyarham Nur Farah Kartini menziarahi pusaranya pagi ini disebabkan rindu yang mendalam.

Menurut abang arwah, emosi ibunya masih tidak stabil selepas apa yang terjadi kepada anak perempuannya itu.

Pagi ini saya membawa ibu ke kubur untuk menziarahi kubur arwah adik. Emosi ibu masih tidak ok tetapi kami reda.

Esok, kami mungkin pulang tetapi ibu akan berada di rumah saya di Seri Kembangan, Selangor. 

Tidak pasti bila ibu akan pulang ke Miri, Sarawak.

Bukan tu jer, abang arwah dan juga keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama sepanjang urusan pengebumian adiknya.

Saya reda dengan segala yang berlaku. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

image is not available

Jap!