Ibu Zahirah Macwilson Tinggalkan Emoji Sedih Di Hantaran Anak Derhaka, Cetus Spekulasi

Entertainment
3 Nov 2026 • 5:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tindakan ibu kepada pelakon Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff, meninggalkan tiga emoji sedih pada satu hantaran berkaitan isu derhaka kepada ibu mencuri perhatian netizen.

Hantaran Ibu Zahirah Macwilson Cetus Kontroversi

Menerusi hantaran di Threads, seorang individu menyentuh mengenai isu anak yang didakwa derhaka kepada ibu sehingga menerima kecaman daripada orang ramai.

Advertisement

“Derhaka dengan mak, tengok satu Malaysia bash (kecam) awak sekarang.”

Menjengah ke ruangan komen, Maslinda dilihat tidak meninggalkan sebarang kata-kata, sebaliknya hanya membalas hantaran tersebut dengan tiga emoji sedih.

Tindakan berkenaan kemudian mengundang perhatian pengguna media sosial yang mula mengaitkannya dengan isu hubungan antara Maslinda dan Zahirah.

Bagaimanapun, Maslinda tidak menjelaskan maksud sebenar emoji tersebut, dan tiada pengesahan bahawa hantaran berkenaan ditujukan kepada Zahirah.

Menerusi tinjauan OhBulan!, hantaran asal tersebut juga telah dipadam oleh individu berkenaan selepas mendapat perhatian netizen.

Zahirah Dikecam Buat Hantaran Berbaur Diskriminasi Agama

Terdahulu, Zahirah mencetuskan kontroversi selepas berkongsi pandangan mengenai beberapa sambutan termasuk Krismas, Easter dan Halloween yang disifatkannya sebagai sukar difahami.

View this post on Instagram

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial kerana dianggap menyentuh sensitiviti agama dan kepercayaan masyarakat lain.

Zahirah kemudiannya tampil dua kali membuat permohonan maaf secara terbuka kepada komuniti Kristian, termasuk mengakui kesilapan mengaitkan tiga sambutan berbeza dalam satu hantaran.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

m2026-11-03 14:32:26

Penyanyi Akademi Fantasia 3 Mohon Bantuan, Akui Dah Tiada Daya - "Kalau Saya Pemalas, Anak Dah Kebulur"

The post Ibu Zahirah Macwilson Tinggalkan Emoji Sedih Di Hantaran Anak Derhaka, Cetus Spekulasi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved