“Ini Pengajaran Besar Buat Saya” - Zahirah Macwilson Minta Maaf

3 Nov 2026 • 7:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Ini Pengajaran Besar Buat Saya” - Zahirah Macwilson Minta Maaf

Pelakon, Zahirah MacWilson tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan hantaran Instagram Story miliknya yang menyentuh mengenai sambutan Halloween, Krismas dan Easter sehingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat, khususnya komuniti Kristian.Menerusi satu video permohonan maaf, Zahirah mengakui hantaran tersebut dibuat tanpa pertimbangan sewajarnya dan menyedari ia boleh menyinggung perasaan pihak lain."Assalamualaikum, hai semua. Saya ingin tampil di sini dan membincangkan hantaran cerita Instagram saya baru-baru ini mengenai Hari Halloween, Krismas, dan Easter, serta memohon maaf sedalam-dalamnya dan seikhlas hati tanpa sebarang syarat."Terutamanya kepada komuniti Kristian saya yang amat terguris dan terluka dengan apa yang telah dimuat naik."Tidak lama selepas memuat naiknya pagi semalam, saya menerima satu atau dua mesej langsung (DM) dalam masa sejam dan saya terus memadamkannya kerana saya sedar betapa menyinggung perasaannya kepada orang ramai, yang mana ia sama sekali bukan niat saya," katanya.Dalam masa sama, Zahirah menegaskan dia menghormati kepelbagaian budaya, agama dan kepercayaan yang menjadi sebahagian daripada masyarakat.Mengakui kenyataannya tidak tepat serta tidak sensitif dari sudut budaya, Zahirah turut menyedari tanggungjawabnya sebagai seorang figura awam untuk lebih berhati-hati ketika menyentuh perkara berkaitan kepercayaan dan tradisi."Saya faham bahawa kenyataan saya adalah sama sekali tidak tepat, tidak sensitif dari segi budaya, dan sama sekali tidak wajar, dan sebagai seorang figura awam, saya sepatutnya lebih berhati-hati dan prihatin terhadap apa yang saya katakan, terutamanya apabila ia menyentuh hal-hal berkaitan akidah dan tradisi."Saya mengambil akauntabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah diucapkan, dan saya benar-benar, benar-benar memohon maaf atas kejahilan saya."Saya komited untuk mendengar, belajar, dan bermuhasabah agar saya boleh menjadi lebih baik, dan saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah menegur saya, semua yang telah menghantar mesej kepada saya, baik positif mahupun negatif, terima kasih banyak-banyak, saya terima semua," ujarnya.Zahirah turut berterima kasih kepada semua pihak yang tampil memberikan teguran, termasuk mereka yang menghantar mesej sama ada positif mahupun negatif."Dan sekali lagi, saya benar-benar, amat memohon maaf atas kenyataan tersebut, dan ini merupakan satu pengajaran yang sangat besar buat saya. Terima kasih," tambahnya.    View this post on Instagram           A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved