Ibu Zara Qairina Percaya Kematian Anak Ada Unsur Jenayah – Peguam

Entertainment
1 Aug 2025 • 4:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes kematian remaja, Zara Qairina masih hangat diperkatakan dan yang terbaru, ibu kepada remaja itu percaya bahawa kematian anaknya itu ada unsur jenayah.

Perkara itu ditegaskan oleh peguam yang mewakili ibu Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat, 45, iaitu Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat.

“Kematian Zara adalah satu tragedi. Apatah lagi tragedi tersebut berlaku di dalam kawasan asrama sekolah. Anak guam kami percaya bahawa Zara tidak membunuh diri. Sebaliknya, beliau percaya wujud unsur-unsur jenayah yang menyebabkan kematian Zara.

Atas dasar ini, anak guam kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan. Namun, sejak 17 Julai sehingga 27 Julai lalu, anak guam kami tidak menerima sebarang maklumat daripada pihak polis mengenai perkembangan siasatan.

Pihak polis juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media massa sepanjang tempoh tersebut. Kesunyian inilah yang merisaukan anak guam kami dan dianggap sebagai satu indikasi bahawa kematian Zara tidak disiasat dengan sewajarnya,” katanya.

Dalam kenyataan sama, pada 30 Julai 2025, anak guam mereka telah memfailkan satu laporan polis tambahan di Balai Polis Sipitang, memohon agar pihak polis menyiasat kes kematian Zara secara teliti.

Menerusi kenyataan sama, Noraidah difahamkan menyatakan keraguannya terhadap punca kematian Zara yang didakwa terjatuh dari tingkat tiga bangunan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.