Mangsa banjir di Beaufort meningkat

13 Dec 2019 • 9:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir dari beberapa kampung di Beaufort dan Membakut yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Selagon, Beaufort bertambah setakat jam 8 pagi tadi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan, seramai 449 mangsa daripada 160 keluarga telah dipindahkan ke PPS berkenaan berbanding 443 mangsa daripada 157 keluarga malam tadi.

Lebih 20 kampung di Beaufort dan Membakut terjejas akibat banjir yang berlaku sejak Selasa lepas.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Bambangan, Kampung Sinoko, Kampung Poring dan Kampung Baitam Laut.

Setakat jam 7 pagi tadi, paras air Sungai Padas mencatatkan bacaan 7.01 meter iaitu pada paras normal manakala paras air Sungai Membakut pula merekodkan bacaan pada paras amaran iaitu 6.34 meter. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved