iCAUR V23 Raih Anugerah Red Dot Design Concept 2026, Bukti SUV Elektrik Berkarakter Kini Diiktiraf Dunia

CarsDesign
25 Jun 2026 • 6:55 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: iCAUR V23 Raih Anugerah Red Dot Design Concept 2026, Bukti SUV Elektrik Berkarakter Kini Diiktiraf Dunia

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2026 – iCAUR terus mengukuhkan reputasinya di peringkat global apabila model SUV elektrik berinspirasikan gaya lasak, iCAUR V23, berjaya merangkul Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, salah satu anugerah reka bentuk paling berprestij di dunia yang sering digelar sebagai “Oscar Rekaan”.

Pengiktirafan ini membuktikan keupayaan iCAUR dalam menghasilkan reka bentuk bertaraf dunia dengan menggabungkan elemen klasik SUV lasak bersama teknologi mobiliti elektrik moden.

V23 tampil dengan identiti tersendiri menerusi reka bentuk boxy SUV yang ikonik, dipadankan dengan dimensi yang tegap, jarak roda panjang 2,735 mm serta roda bersaiz 21 inci yang memberikan penampilan lebih gagah dan premium. Lampu hadapan bulat yang menjadi simbol SUV off-road klasik turut dikekalkan, manakala elemen moden seperti penutup radar lutsinar dan lampu LED gaya piksel menyerlahkan sentuhan futuristik.

Lebih menarik, iCAUR V23 bukan sekadar sebuah SUV elektrik biasa. Model ini direka sebagai platform gaya hidup dengan lebih daripada 20 titik modifikasi yang tersedia, membolehkan pemilik melakukan penyesuaian mengikut citarasa dan personaliti masing-masing.

Menurut panel juri Red Dot, antara faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan ini adalah pendekatan inovatif iCAUR dalam mentafsir semula DNA SUV klasik untuk era tenaga baharu, selain menawarkan pengalaman pengguna yang lebih fleksibel dan berorientasikan komuniti.

Bersempena musim kemeriahan bola sepak, iCAUR Malaysia turut menganjurkan kempen “iCAUR Turun Padang” dari 18 Jun hingga 19 Julai 2026. Orang ramai berpeluang melihat dengan lebih dekat model V23 di bilik pameran iCAUR, menikmati sesi pandu uji serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Image from: iCAUR V23 Raih Anugerah Red Dot Design Concept 2026, Bukti SUV Elektrik Berkarakter Kini Diiktiraf Dunia

Kemenangan Red Dot Award: Design Concept 2026 ini sekali lagi mengesahkan bahawa iCAUR V23 bukan sahaja sebuah SUV elektrik yang bergaya, malah sebuah produk yang diiktiraf dunia dari sudut reka bentuk, inovasi dan kebebasan ekspresi pengguna.

The post iCAUR V23 Raih Anugerah Red Dot Design Concept 2026, Bukti SUV Elektrik Berkarakter Kini Diiktiraf Dunia appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved