TQ Wuling HuaJing S Membuat Penampilan Sulung Di KLIMS 2026

LocalCars
11 Jun 2026 • 7:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TQ Wuling HuaJing S Membuat Penampilan Sulung Di KLIMS 2026

Pada reruai TQ Wuling yang berada di KLIMS 2026 ini, mereka telah memperlihatkan sebuah model terbaru iaitu HuaJing S. Ini merupakan SUV Elektrik premium 6 tempat duduk yang mempunyai reka bentuk dan teknologi automotif yang termaju dari TQ Wuling.

Image from: TQ Wuling HuaJing S Membuat Penampilan Sulung Di KLIMS 2026

Dari segi reka bentuk luaran, HuaJing S menampilkan rekaan yang futuristik serta ruang kabin yang luas dan mewah sekaligus memberikan pengalaman perjalanan yang selesa kepada penumpang di ketiga-tiga baris tempat duduk dengan suasana eksklusif seperti lounge premium.

Image from: TQ Wuling HuaJing S Membuat Penampilan Sulung Di KLIMS 2026
Image from: TQ Wuling HuaJing S Membuat Penampilan Sulung Di KLIMS 2026


Untuk segi teknikal, HuaJing S turut dilengkapi sistem kokpit pintar generasi baru dan menintegrasikan teknologi dari beberapa rakan kerjasama yang terkemuka seperti penggunaan bateri litium besi fosfat dari CATL yang memastikan keselamatan dan prestasi yang optimum, sistem brek dari Bosch bagi meningkatkan kestabilan pemanduan, sistem audio premium Harman Kardon bersama kokpit pintar berasaskan Harmony OS.

Image from: TQ Wuling HuaJing S Membuat Penampilan Sulung Di KLIMS 2026

Dengan kehadiran HuaJing S ini, ia akan membuatkan pasaran SUV elektrik premium di Malaysia semakin menarik dan sekaligus akan menaikkan nama TQ Wuling dalam Malaysia yang sebelum ini sinonim dengan kereta mampu milik.