Ice-Watch Lancar Koleksi Jam Automatik Pertama, BEWATCH 2 Automatic

10 Jul 2026 • 10:45 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ice-Watch Lancar Koleksi Jam Automatik Pertama, BEWATCH 2 Automatic

Jenama jam tangan Belgium, Ice-Watch Malaysia memperkenalkan BEWATCH 2 Automatic, koleksi jam automatik pertama mereka yang menandakan satu lembaran baharu dalam evolusi jenama itu, khususnya bagi memenuhi cita rasa lelaki moden.

Menerusi rekaan berani, pilihan warna yang menarik dan gaya kontemporari, Ice-Watch sebelum ini telah menghasilkan pelbagai koleksi popular seperti ICE Smart, ICE Generation, ICE Power dan ICE Steel yang mendapat sambutan di peringkat antarabangsa.

Menerusi pelancaran BEWATCH 2 Automatic, Ice-Watch kembali kepada asas pembuatan jam mekanikal sambil mengekalkan identiti rekaan moden yang menjadi keunikan jenama tersebut.

Koleksi baharu ini dikuasakan oleh pergerakan automatik (automatic movement) yang beroperasi menggunakan pergerakan semula jadi pemakai tanpa memerlukan bateri. Ia menggabungkan ketelitian kejuruteraan mekanikal dengan sentuhan rekaan kontemporari yang menjadi identiti Ice-Watch.

Image from: Ice-Watch Lancar Koleksi Jam Automatik Pertama, BEWATCH 2 Automatic

Direka untuk mereka yang gemarkan jam tangan berpenampilan menyerlah, BEWATCH 2 Automatic hadir dengan saiz sarung 48mm, sekali gus memberikan penampilan yang lebih berani di pergelangan tangan.

Koleksi ini ditawarkan dalam tiga pilihan model dengan spesifikasi termasuk rintangan air 3 ATM, kaca mineral, penutup belakang jenis skru serta tali PU bersaiz 22mm yang menawarkan keseimbangan antara ketahanan, keselesaan dan kegunaan harian.

Image from: Ice-Watch Lancar Koleksi Jam Automatik Pertama, BEWATCH 2 Automatic

BEWATCH 2 Automatic bukan sekadar koleksi baharu, malah mencerminkan fasa baharu jenama itu dalam menggabungkan warisan pembuatan jam dengan inovasi moden.

Image from: Ice-Watch Lancar Koleksi Jam Automatik Pertama, BEWATCH 2 Automatic

Dengan mengekalkan elemen ikonik seperti warna berani, rekaan yang menyerlah serta penggunaan material inovatif, koleksi ini turut memperkenalkan pendekatan yang lebih matang buat mereka yang mencari jam tangan bercirikan personaliti dan karakter tersendiri.

Image from: Ice-Watch Lancar Koleksi Jam Automatik Pertama, BEWATCH 2 Automatic

Koleksi BEWATCH 2 Automatic kini boleh didapati di butik Ice-Watch terpilih, cawangan Time Zone serta platform dalam talian rasmi jenama itu.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved