ICJ Putuskan Myanmar Lakukan Genosid Rohingya, Apa Kesannya Kepada Malaysia?

20 Nov 2026 • 12:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa Myanmar telah melakukan genosid terhadap etnik Rohingya, sekali gus memberikan perkembangan penting dalam usaha komuniti tersebut menuntut keadilan.

Keputusan yang diumumkan pada Khamis, 19 November 2026 itu disambut penuh emosi oleh ratusan pelarian Rohingya di kem Cox’s Bazar, Bangladesh yang mengikuti prosiding mahkamah menerusi skrin besar.

Advertisement

Kes berkenaan dibawa oleh Gambia berdasarkan Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1948 susulan tindakan ketenteraan Myanmar terhadap etnik Rohingya pada 2017.

ICJ Iktiraf Myanmar Jalani Genosid Terhadap Etnik Rohingya

Pemimpin kanan Rohingya, Sayed Ullah merakamkan penghargaan kepada Bangladesh, Gambia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana terus memperjuangkan nasib komuniti tersebut.

View this post on Instagram

“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bangladesh, Gambia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang sentiasa bersama kami sepanjang tahun ini.

“Kami berharap semua pihak terus bersama kami sehingga kami dapat pulang ke tanah air.”

Menurutnya, keputusan itu turut mengukuhkan pengiktirafan identiti Rohingya sebagai kumpulan etnik yang memiliki bahasa dan budaya tersendiri.

Sementara itu, Mohammed Osman, 20, yang kehilangan ibu bapa dan empat adik-beradiknya akibat keganasan tentera Myanmar berharap keputusan tersebut membuka jalan untuk pelarian kembali ke tanah air.

“Saya sangat terharu. Namun, kami baru mencapai 50 peratus daripada apa yang diharapkan. Matlamat 100 peratus hanya akan tercapai apabila kami dibenarkan pulang dengan penuh bermaruah.”

Apa Kesan Keputusan ICJ Kepada Malaysia?

Keputusan ICJ turut mempunyai kepentingan kepada Malaysia yang menjadi antara negara destinasi pelarian Rohingya susulan konflik di Myanmar.

Berdasarkan maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN), seramai 133,400 etnik Rohingya berdaftar dengan UNHCR di Malaysia setakat 30 September 2026.

Bagaimanapun, keputusan ICJ tidak bermakna Malaysia diwajibkan membuka sempadan atau menerima semua pelarian Rohingya secara automatik.

Kerajaan masih mempunyai kuasa untuk mengawal kemasukan warga asing dan menguatkuasakan undang-undang imigresen.

Namun, penghakiman tersebut memperkukuh kepentingan memastikan pelarian tidak dihantar pulang ke Myanmar sekiranya mereka masih berdepan risiko penganiayaan atau ancaman keselamatan.

Malaysia Perketat Pendaftaran Dan Kawalan Pelarian

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bermula Januari 2026 bagi memperkukuh pengurusan pelarian di negara ini.

Program tersebut melibatkan pengumpulan maklumat identiti, biometrik dan saringan keselamatan untuk memudahkan pemantauan.

Dalam masa sama, kerajaan turut berdepan cabaran membanteras sindiket penyeludupan manusia yang membawa masuk migran melalui laluan tidak sah.

Sehubungan itu, keputusan ICJ boleh menjadi asas penting kepada usaha diplomatik Malaysia bersama ASEAN dan negara serantau bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap krisis Rohingya.

Walaupun penghakiman tersebut tidak mengubah dasar imigresen Malaysia secara automatik, ia menguatkan keperluan mengimbangi keselamatan sempadan, penguatkuasaan undang-undang dan tanggungjawab kemanusiaan. -AFP

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: ICJ Putuskan Myanmar Lakukan Genosid Rohingya, Apa Kesannya Kepada Malaysia?2026-11-20 10:28:41

Seludup Dadah 96.64KG Dadah Pakai Aset Tentera, Lima Pegawai TUDM Antara 11 Ditahan

The post ICJ Putuskan Myanmar Lakukan Genosid Rohingya, Apa Kesannya Kepada Malaysia? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved