IDC – Penghantaran Tablet Global Menunjukkan Trend Penurunan Pada Q3 2025

TechnologyBusiness & Finance
11 Nov 2025 • 3:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas prestasi yang kukuh sebelum ini, pasaran tablet global mula menunjukkan penurunan. Menurut laporan terkini IDC, jumlah penghantaran menurun sebanyak 4.4% tahun ke tahun pada Q3 2025 bersamaan dengan 38 juta unit. Penurunan ini berpunca daripada langkah berjaga-jaga dalam pengurusan stok susulan kebimbangan terhadap isu tarif.

image is not available

Walaupun berdepan cabaran pasaran, Apple kekal sebagai peneraju dengan penghantaran sebanyak 13.2 juta unit serta mencatat pertumbuhan sebanyak 5.2% tahun ke tahun pada Q3 2025.

image is not available

Samsung berada di tempat kedua dengan penghantaran sebanyak 6.9 juta unit namun mencatat penurunan sebanyak 1.9% tahun ke tahun. Jenama ini dikatakan stabil dalam segmen pengguna melalui fokus pada model S10 dan S11 serta perluasan siri A yang berpatutan.

image is not available
Samsung Galaxy Tab S10

Lenovo mengekalkan kedudukan ketiga dengan penghantaran sebanyak 3.7 juta unit dan peningkatan sebanyak 22.6% tahun ke tahun. Pertumbuhan ini didorong oleh pelancaran tablet baharu di China baru-baru ini bersama strategi penghantaran yang agresif.

Huawei kembali ke kelompok lima teratas dengan penghantaran sebanyak 3.4 juta unit serta mencatat pertumbuhan sebanyak 3.7% tahun ke tahun. Meskipun berlaku penurunan di China, Huawei mendapat lonjakan hasil pelancaran MatePad Mini dan kestabilan pasaran di Amerika Latin, Eropah serta Timur Tengah.

image is not available
Redmi Pad 2

Xiaomi pula berada di tempat kelima dengan penghantaran sebanyak 2.5 juta unit dan pertumbuhan sebanyak 7.2% tahun ke tahun. Momentum ini disokong oleh pelancaran produk-produk  baharu seperti Pad 8, Pad 8 Pro serta Redmi Pad 2.