
KUALA LUMPUR – Klinik perubatan estetik terkemuka, Idealyst komited untuk menerokai kelainan baharu terutama dalam rawatan dan teknologi terkini bagi memastikan setiap perkhidmatannya terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan.
Pengasas Bersama klinik itu, Dr Aidil Azry Mokhtar berkata, ini kerana perjalanan lebih 12 tahun bertahan dalam dunia perniagaan yang mencabar itu membuatkan syarikat perlu menghargai pelanggan kesetiaan pelanggan sejak mula beroperasi.
Menurut beliau, pihaknya juga berharap dapat menarik minat lebih ramai tenaga kerjadi kalangan anak muda untuk bersama menyertai Idealyst dalam membantu ekonomi negara dapat diransangkan dengan positif dalam bidang estetik.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami yang luar biasa atas sokongan mereka sepanjang 12 tahun yang lalu kerana tanpa mereka, kami mungkin tidak berada sehingga kini.
“Kami ingin membuktikan komitmen untuk menjadi peneraju dalam industri estetik dan kosmetik di negara ini melalui rangkaian pusat premium sekali gus berjaya membawa jenama Idealyst sebagai satu imej bumiputera dalam perubatan estetik terkemuka yang terbaik di Malaysia,” katanya sempena Malam Penghargaan Idealisyt yang berlangsung di sebuah hotel di sini baru-baru ini.
Idealyst diasaskan Aidil Azry bersama Dr Fadzlina Mohtar mula beroperasi sejak tahun 2014 dan kini telah memiliki tiga cawangan di seluruh negara.

Pada majlis itu, sebanyak tiga kategori disediakan membabitkan seramai 100 pelanggan setia telah dihargai, pelanggan yang paling banyak berbelanja selain kakitangan yang bekerja lama di klinik premium tersebut.
Mengulas lanjut, Dr Aidil Azry berkata, majlis penghargaan itu bertujuan memberi tarikan kepada bakal pelanggan baharu untuk mencuba perkhidmatan bagi mewujudkan lebih banyak rawatan dan tawaran hebat dengan teknologi yang terkini.
“Jika disebut mengenai perubatan estetik, ia memberi pengertian seseorang itu mahu mendapatkan rawatan sama ada untuk wajah atau tubuh supaya lebih cantik dan menyerlah.
“Jadi saya perlu berusaha keras untuk membantu setiap pelanggan mendapatkan apa yang dimahukan kerana penampilan diri akan mempengaruhi perasaan dan bagaimana prestasi dalam pekerjaan dan kehidupan sosial selain berinteraksi dengan orang lain.
“Oleh itu, sebarang penambahbaikan tidak kira sekecil mana pun, berpotensi meningkatkan keyakinan diri kita,” katanya yang memberi jaminan rawatan di klinik estetik di Idealyst adalah mampu milik untuk semua golongan.
Sebelum ini, Idealyst telah mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Pencapaian Terbaik NCTF 2025 di mana NCTF adalah jenama produk penjagaan kulit antarabangsa popular yang dibangunkan di Perancis sebagai produk anti-penuaan yang mengandungi 60 nutrien untuk meningkatkan kesihatan sel kulit.
Sementara itu, Idealyst diasaskan Dr Aidil Azry bersama Dr Fadzlina Mohtar mula beroperasi sejak tahun 2014 dan kini telah memiliki tiga cawangan di seluruh negara.
The post Idealyst mahu teroka teknologi terkini, pertingkat perkhidmatan kepada pelanggan appeared first on Kosmo Online.
