Identiti dua beradik rentung dikenal pasti

21 Nov 2026 • 3:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Identiti dua beradik rentung dikenal pasti

SIK – Polis mengenal pasti identiti dua adik-beradik termasuk seorang bayi perempuan berusia 16 bulan yang rentung dalam kebakaran di stor pejabat sebuah gudang simpanan tong gas di Kampung Teloi Tua, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Superitendan Shamzury Saman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.18 pagi.

“Selepas operasi pemadaman selesai, pihak bomba menemukan dua mayat mangsa dikenali sebagai Mohd. Raifal Abdul Latif, tiga tahun dan Aishah Umairah berusia setahun empat bulan,” katanya.

Menurut beliau, siasatan mendapati kedua-dua mangsa tinggal bersama ibu mereka yang berusia 23 tahun. Ibu mangsa tidak bekerja dan tinggal menumpang sementara dengan datuk si mati di lokasi tersebut.

Katanya, datuk mangsa yang berusia 42 tahun dan bekerja sebagai kelindan lori tong gas tinggal di bilik lain yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan. Mayat dua beradik itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Sik untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

 

The post Identiti dua beradik rentung dikenal pasti appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved