Identiti dua mangsa rentung dalam kemalangan di tol Jitra dikenal pasti

19 Jan 2026 • 10:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Polis kenal pasti identiti dua mangsa rentung dalam kemalangan kereta terbakar di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara-Selatan awal pagi tadi

JITRA: Polis telah mengenal pasti identiti dua individu yang maut dan rentung dalam kemalangan kereta terbakar di Plaza Tol Jitra.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim berkata pemandu dikenali sebagai Pang Seng Chin, 20, dari Arau, Perlis.

Penumpang pula dikenal pasti sebagai Tan Hui Shan, 19, dari Jelutong, Pulau Pinang.

Siasatan mendapati Pang adalah seorang peniaga manakala Tan tidak bekerja.

“Bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah mendapati lelaki itu meninggal dunia disebabkan kecederaan pada bahagian dada,” katanya.

Beliau berkata mangsa wanita maut akibat penyedutan asap kebakaran.

Kedua-dua mangsa juga mengalami kelecuran teruk dan disahkan maut di tempat kejadian.

Dalam kejadian pada 1.15 pagi tadi, kenderaan Honda Civic hilang kawalan dan melanggar pembahagi lorong tol.

Kemalangan itu menyebabkan kereta terbalik dan terbakar.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved