“Identiti Mangsa Masih Disiasat, Kemungkinan Dibunuh Lebih Setahun” – Polis

5 Dec 2023 • 12:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Semalam, Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita yang ditanam dan disimen dalam kolah bilik mandi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kampung Pendamar, Klang. Setakat ini, polis telah menahan seorang suspek dan dua lagi suspek iaitu Ranjit Singh dan Manjeet Singh yang merupakan penyewa rumah sedang diburu.

Terbaru, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, pihaknya masih menyiasat identiti mangsa yang ditanam.

image is not available
Dua suspek iaitu Ranjit Singh dan Manjeet Singh kini diburu polis

Katanya, proses bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Shah Alam. Polis juga tidak menolak mayat wanita yang ditemui kemungkinan dibunuh lebih setahun.

Dua suspek lelaki yang diburu pula adalah individu yang disyaki menyimen mangsa di dalam kolah memandangkan mereka menyewa rumah terbabit dari tahun 2019 sehingga tahun 2021.

Terdahulu, pemilik rumah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut selepas mendapat maklumat mengenai mayat yang ditanam di dalam kolah.

Pihak polis bersama pasukan bomba dan forensik segera ke tempat kejadian dan selepas memecahkan simen terdapat mayat disimen di dalamnya.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.