Identiti mayat di tayar pesawat dekat KLIA 2 masih misteri

23 Sep 2026 • 12:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Identiti mayat di tayar pesawat dekat KLIA 2 masih misteri

SHAH ALAM – Misteri identiti mayat lelaki di dalam ruangan simpanan tayar sebuah pesawat di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) belum diketahui setakat ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, ini kerana pihaknya belum menerima sebarang tuntutan daripada mana-mana individu atau waris berkaitan mayat itu.

Katanya, hasil siasatan turut mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat tersebut.

“Sekiranya ada ahli keluarga yang masih belum pulang atau hilang boleh berhubung dengan Ketua Polis Daerah KLIA atau balai polis berhampiran untuk kami lengkapkan siasatan. Identiti mayat itu juga masih belum dapat ditentukan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau turut memberitahu, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca keberadaan mangsa di ruangan pesawat itu.

“Itu masih menjadi persoalan buat kami. Tetapi ia bukan kes pertama berlaku sedemikian rupa di mana individu dijumpai di tempat simpanan tayar. Saya tak nak beri kesimpulan kerana dibimbangi tersasar. Kita tunggu hasil siasatan daripada Ketua Polis Daerah KLIA,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Prosedur Kematian Mengejut (SDR) pada 27 Ogos lalu berhubung penemuan mayat berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Identiti mayat di tayar pesawat dekat KLIA 2 masih misteri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved