Identiti Mayat Reput Di RTB Sungai Changgang Dikenal Pasti – Polis

LocalPolitics
2 Jan 2025 • 6:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Identiti Mayat Reput Di RTB Sungai Changgang Dikenal Pasti – Polis

SHAH ALAM, 2 Januari (Bernama) — Polis telah mengenal pasti identiti mayat reput yang ditemukan di RTB Sungai Changgang, Kuala Langat dekat sini Sabtu lepas selepas hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan Jabatan Kimia Malaysia hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lepas itu dikenali sebagai Yap Xin Yuan.

“Keputusan ini telah dimaklumkan kepada keluarga mangsa dan mayat akan diserahkan kepada pihak keluarga petang ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hussein berkata siasatan diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tiga suspek termasuk teman lelaki remaja itu, masing-masing berumur 16, 20 dan 51 tahun bagi membantu siasatan.

Remaja itu dilaporkan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

Sumber: Bernama