Polis sahkan mayat reput milik Yap Xin Yuan

2 Jan 2025 • 10:29 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SHAH ALAM - Polis telah mengenal pasti identiti mayat reput yang ditemukan di RTB Sungai Changgang, Kuala Langat dekat sini Sabtu lepas selepas hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan Jabatan Kimia Malaysia hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lepas itu dikenali sebagai Yap Xin Yuan.

"Keputusan ini telah dimaklumkan kepada keluarga mangsa dan mayat akan diserahkan kepada pihak keluarga petang ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hussein berkata siasatan diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tiga suspek termasuk teman lelaki remaja itu, masing-masing berumur 16, 20 dan 51 tahun bagi membantu siasatan.

Remaja itu dilaporkan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras. - 2 Januari, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved