Identiti Pemandu Axia Langgar Lari Terbongkar, Rupanya Inspektor Polis Dalam Cuti Perubatan

LocalPolitics
14 Apr 2026 • 10:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 04 14T104150.125

Seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor telah dikenal pasti sebagai pemandu Perodua Axia yang terlibat dalam kejadian langgar lari membabitkan seorang anggota trafik di Jalan Sultan Yahya Petra pada Jumaat lalu. Suspek berusia 40 tahun itu dilaporkan menghidap skizofrenia dan kini sedang dalam proses persaraan atas faktor kesihatan.

Suspek berjaya ditahan pada petang Isnin selepas satu aksi kejar-mengejar yang bermula dari Jalan Cheras sehingga ke Chan Sow Lin. Walaupun cuba dihentikan oleh Unit Kawalan Lalu Lintas, suspek bertindak memecut berbahaya dan melanggar beberapa kenderaan orang awam serta kenderaan peronda (MPV) polis dalam cubaan meloloskan diri.

Artikel berkaitan: “Seperti cyclists ni dah jadi musuh negara” – Adik Terkilan Abang Cedera, Didakwa Kena Langgar Lari

Artikel berkaitan: 3 Remaja Lelaki Masih Bersekolah Ditahan Polis, Curi Wang Derma Tabung Surau

— Utusan TV (@UtusanTV) April 13, 2026

Datuk Fadil Marsus mengesahkan status kesihatan dan tindakan susulan terhadap suspek:

“Lelaki berkenaan kini sedang menjalani cuti perubatan khas dan dalam proses dibersarakan atas syor Lembaga Perubatan.”

Suspek turut disahkan mempunyai masalah kesihatan mental iaitu skizofrenia, dan sedang menerima rawatan berkaitan.

Suspek dikesan kira-kira jam 3.45 petang oleh anggota Unit Kawalan Lalu Lintas… Bagaimanapun, cubaan awal untuk menahan kenderaan dipandu suspek gagal apabila lelaki berkenaan bertindak memecut secara berbahaya bagi meloloskan diri,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Pihak polis meminta mana-mana mangsa lain yang terlibat untuk segera tampil membuat laporan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Razif Jamaluddin di talian 019-4482852 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di 03-2026 0267 / 0269.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.