“Idola Sebenar” – Tenaga Luar Biasa! 2NE1 Buat Peminat Lepas Rindu Di Konsert Jelajah Di Seoul

LocalEntertainment
5 Oct 2024 • 10:27 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Akhirnya, 2NE1 kembali!

Pada 4 Oktober, 2NE1 telah memulakan konsert jelajah mereka ‘Welcome Back’ di Seoul, yang akan berlangsung selama 3 hari sehingga 6 Oktober nanti.

Membuka pentas dengan lagu “FIRE”, kumpulan itu turut menghiburkan peminat dengan lagu popular mereka yang lain seperti “Come Back Home”, “Falling In Love” dan banyak lagi.

Meskipun ini adalah penampilan mereka sebagai satu kumpulan setelah sekian lama, ramai rata-rata memuji bahawa aura idola mereka masih kuat tambahan pula, dengan tenaga dan karisma yang sangat menakjubkan.

Di penghujung konsert, ahli juga sempat meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada peminat mereka ‘Blackjack’, kerana setia menunggu serta memberi sokongan buat kumpulan itu sehingga hari ini.

2NE1 tak pernah tak power!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.