BIGBANG Dilapor Akan Tampil Membuat Persembahan Di Pentas ‘2024 MAMA Awards’

WorldEntertainment
5 Oct 2024 • 9:58 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selain 2NE1, adakah BIGBANG juga akan kembali membuat kemunculan semula sebagai satu kumpulan pada tahun ini?

Terbaru pada 5 Oktober, media melaporkan bahawa BIGBANG iaitu G-Dragon, Taeyang dan Daesung, akan tampil membuat persembahan di pentas ‘2024 Mnet Asian Music Awards (MAMA)’.

Sebagai respon, pihak Mnet menyatakan,

Artis yang akan muncul di ‘2024 MAMA Awards’ masih belum diputuskan lagi.

image is not available

Sementara itu, ‘MAMA Awards’ untuk tahun ini akan berlangsung pada 21 November Di Los Angeles, California dan 22-23 November di Osaka.

Jika penampilan BIGBANG disahkan, ini akan menjadi kemunculan pertama mereka dalam tempoh 9 tahun di majlis anugerah tersebut, sejak 2015.

Nantikan info lanjut!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.