“If You Dah Tak Ada Hati, Cakap Terus Dengan I Tak Payah Tipu-Tipu” – Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga?

5 Sep 2022 • 5:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, peminat dunia hiburan dikejutkan dengan berita perpisahan Nad Zainal dan Muhammad Faliq selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga.

Pasangan yang dikurniakan dua anak itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut atau memberikan apa-apa komen tentang isu terbabit.

image is not available 2 hari lalu

"Kami Masih Berkawan Demi Anak" - 7 Tahun Bersama, Nad Zainal Sahkan Sudah Bercerai

Bagaimanapun, ketika ditemu bual sewaktu majlis pratonton episod akhir drama Nad seperti memberi hint tentang situasi konflik yang berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini.

Saya cakap terus dengan pasangan saya, if you dah tak ada hati then cakap terus dengan I. You tak payah tipu-tipu. I taknak tahu dari orang lain.”

Menerusi temu bual itu, Nad juga berkata dia seorang wanita yang tidak akan memujuk atau bergaduh sebaliknya berpisah saja jika ada masalah. Jelas Nad lagi, dia tidak suka perbesarkan isu kerana apa yang paling penting bagi pelakon ‘Takdir Yang Tertukis’ itu adalah kedua-dua anaknya.

Sementara itu, netizen yang menonton rakaman tersebut mendoakan urusan selebriti berbakat berkenaan selain ada yang memuji tindakannya berani kerana tidak menjadikan konflik atau masalah dihadapi mengganggu kehidupannya.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved