Nad Zainal Bercerai, Masih Berkawan Baik Dengan Bekas Suami

4 Sep 2022 • 10:42 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nad Zainal bersama bekas suaminya Muhammad Faliq Amiruddin dan anak-anak - Gambar Harian Metro

Walaupun rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun sudah berakhir, pelakon Nad Zainal bagaimana pun menegaskan hubungannya bersama bekas suami masih baik. 

Nad enggan berkongsi punca perpisahan dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amiruddin, namun masing-masing bersetuju untuk membawa haluan berbeza dan menjadi kawan baik demi kebajikan anak-anak.

“Ya, kami sudah bercerai, baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat. Kami masih berkawan baik demi anak-anak," katanya ketika kepada BH Online.

Bergelar ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah, namun Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, akan melakukan yang terbaik demi masa depan dua cahaya matanya.

"Apa yang lebih utama, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal," katanya.

Terdahulu, Nad dan Faliq sudah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom. – Getaran, 4 September 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved