
TAWAU: Iffa Natasya Mohd Zikri merupakan peserta tunggal dari Sabah daripada 106 belia dari seluruh Malaysia yang ditauliahkan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas dalam satu majlis di Majlis Sukan Negara (MSN), pada Khamis.
Wanita berusia 24 tahun ini yang berasal dari Tawau, menyifatkan pengtauliah tersebut sebagai pengiktirafan tinggi dan bertaraf antarabangsa baginya sejak bergiat aktif dalam kerja sosial bersama masyarakat.
Bagaimanapun, Iffa menganggap pengtauliahan itu bukanlah imbuhan, sebaliknya satu permulaan untuk terus bergiat aktif untuk membangunkan dirinya dari aspek kesukarelawan, kepimpinan dan kemahiran bersama masyarakat, amnya dan belia khasnya.

