“Tak Pujuk Dia Menangis..” – Diskriminasi & Tak Adil, Apa Sebab Alyssa Tarik Diri Dari ‘Universe Ticket’?

7 Dec 2023 • 12:00 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Walaupun mendapat sokongan ramai termasuklah rakyat luar Malaysia, namun sepertinya Alyssa sudah pun menamatkan perjuangannya di “Universe Ticket”.

Baru beberapa episod disiarkan, namun ramai yang terkejut apabila peserta tunggal dari Malaysia itu dikhabarkan telah mengundurkan diri dari program berkenaan selepas satu persembahan rasmi sahaja iaitu “Ddu Du Ddu Du”.

@kasyafbedumb i believe that what alyssa did was for her own good. she knows what is best for her. maybe alyssa has better plans in the future than this survival show #alyssauniverseticket #universeticket ♬ som original – Songmusic74

Malah ramai yang perasan ahli kumpulan Alyssa tidak memberikan perhatian penuh buatnya semasa mereka berlatih tarian. Agak memeranjatkan kerana gadis berusia 18 tahun itu hanya mempunyai bahagian sebanyak 7 saat sahaja sepanjang persembahan penuh itu selain dia tidak sekali pun berada di tengah-tengah formasi kumpulan itu.

Komen yang lain,

Kenapa SBS tutup komen untuk video Alyssa?

 

Baik aku sambung belajar dari sertai program ni.

 

Sayangnya Alyssa tarik diri.

 

Alyssa dilayan dengan teruk.

 

Kesiannya Alyssa.

 

Ahli kumpulan pun tak jaga dia sangat.

Mungkin Alyssa dah cuba yang terbaik..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.