Iftitah Restoran Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati Sunset Tepi Pantai Di Belawai

13 Feb 2024 • 11:54 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Makan sambil healing

Iftitah Restoran Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati Sunset Tepi Pantai Di Belawai. Sekiranya anda ke Sibu, jangan lupa untuk singgah ke Pantai Belawai. Pantai ini mengambil masa sekitar satu jam perjalanan dari bandar raya Sibu.

Menariknya, di pantai tersebut terdapat sebuah resort iaitu Iftitah Resort yang berkonsepkan resort dan restoran. Iftitah Restaurant and Resort ini merupakan sebuah perniagaan “food and beverages” dan salah sebuah pusat tarikan pelancongan di Pantai Belawai.

image is not available
Iftitah Restoran Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati Sunset Tepi Pantai Di Belawai Kredit foto: Ibnee Ekni

Sunset dining beach jadi tarikan utama di Pantai Belawai

Antara tarikan utama di resort ini adalah pakej “Sunset Dining Beach”. Pakej ini memberi pengunjung merasai pengalaman melihat pemandangan matahari terbenam sambil menikmati makanan di tepi pantai tersebut.

Resort ini dibuka setiap hari dan beroperasi pada jam 4:00 petang sehingga 10:00 malam pada hari isnin.

Manakala, pada hari selasa hingga ahad, resort ini akan beroperasi sekitar jam 8:00 pagi sehingga 10:00 malam.

image is not available
Iftitah Restoran Dan Resort Di Sibu Ini Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati ‘Sunset’ Tepi Pantai. Penginapan Chalet yang ditawarkan. Kredit foto : Ibnee Ekni

Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan

Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung yang datang. Namun, pihak resort hanya mengenakan caj penggunaan meja makan sebanyak RM 2 untuk satu meja.

Selain aktiviti “Sunset Dining Beach”, pelbagai aktiviti menarik juga boleh didapati di resort ini. Antaranya ialah karaoke, banana boat, barbeku dan sebagainya.

image is not available
Harga sebuah chalet semalam. Kredit Foto: Ibnee Ekni

Menyediakan penginapan dengan pelbagai pakej.

Sekiranya anda ingin bermalam di resort ini pula, pihak resort turut menyediakan penginapan dengan pelbagai pakej.

Antara pakej Chalet yang ditawarkan adalah dengan harga sekitar RM 90.00 semalam dan sewa khemah pula sekitar RM 30.00 semalam.

Sekiranya anda berminat untuk merasai pengalaman menikmati makanan enak sambil melihat keindahan sunset atau aktiviti lain yang ditawarkan di resort ini, anda boleh hubungi talian 014-3245233 untuk membuat tempahan.

Baca artikel lain mengenai tempat menarik:

https://www.iloveborneo.my/pulau-pasir-timbul-hidden-gem-di-pitas-sabah

https://www.iloveborneo.my/9-lokasi-sunset-paling-cantik-di-sarawak