“IG Satu Je, Yang Lain Buang” – Persoalan Akaun Twitter ‘Lesap’ Terjawab, Kakak Ira Kazar Dedah Ayah Suruh ‘Deactive’

10 Mar 2023 • 12:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa bulan yang lalu, kakak kepada isteri kedua Syamsul Yusof, Ira Kazar dikatakan telah membuat ciapan perli kepada isteri pertama pengarah tersebut, Puteri Sarah.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, tetapi Yasmin Kaza seperti berasa rimas apabila Puteri Sarah sering memuat naik posting berkenaan masalah rumah tangga di media sosial ketika itu, malah berasa ‘kelakar’ kerana selebriti terbabit melayan komen fake account.

image is not available

Selang beberapa hari selepas memuat naik tweet perli, akaun Twitter Yasmin dikatakan sudah ‘lesap’ daripada platform tersebut.

Setelah sekian lama tidak bersuara selepas kejadian itu, baru-baru ini Yasmin menjawab soalan netizen mengenai perkara terbabit di IG Story dengan memberitahu perkara sebenar.

Kakak kepada Ira Kazar itu berkata bapa sendiri iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi menyuruh dirinya memadam akaun terbabit dan hanya memakai akaun Instagram saja.

image is not available

Sekadar info, Syamsul Yusof dinasihatkan untuk mencelah perintah injuksi yang dilakukan oleh Puteri Sarah terhadap Ira Kazar sekeluarga atas nasihat peguam, ia susulan perlu menjaga hubungan baik dengan keluarga sana serta perkahwinan keduannya itu.

image is not available 2 minggu lalu

Demi Jaga Keharmonian, Syamsul Yusof Mohon Jadi Pencelah Isu Puteri Sarah Dan Ira Kazar Di Mahkamah