“Ira Menangis Tepi Bucu Katil, Melepas Gelaran Datin” – Syamsul Yusof Enggan Ceraikan Puteri Sarah, Netizen Perli Ira Kazar

Entertainment
7 Mar 2023 • 12:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaharu, Syamsul Yusof difahamkan enggan menceriakan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana ketika prosiding kes berkaitan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Melalui video yang dimuat naik oleh Oh Bulan, pengarah tersebut enggan memberi sebarang respon mengenai perkara tersebut dan membiarkan peguam saja menjawab bagi pihaknya.

Susulan menjadi ‘punca’ keretakan rumah tangga pasangan selebriti tersebut, nama Ira Kazar turut terpalit dalam berita hari ini dan rata-rata netizen ‘mentertawakan’ wanita tersebut kerana suami enggan berpisah dengan isteri pertama.

image is not available

Netizen kebanyakannya memerli Ira bakal terlepas mendapat gelaran ‘Datin’ kerana Puteri Sarah masih isteri pertama Syamsul yang sah.

Sekadar info, setelah Syamsul enggan melepaskan isterinya, Puteri Sarah memberi respon bahawa dirinya sudah ‘penat’ dan tidak sangka pengarah tersebut akan membuat keputusan tersebut.

image is not available 21 jam lalu

"Ibu Mentua Yang Selamatkan Saya" - Dakwa Dipukul Syamsul Yusof Antara Sebab Puteri Sarah Keluar Dari Rumah