Perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) generatif sangatlah popular. Ia turut mempunyai perbezaan pendapat ada yang risau teknologi ini akan merampas kerja manusia dengan laporan hari ini ChatGPT menjadi idea lebih baik berbanding pelajar MBA Wharton.
Terbaru, Instagram dilihat ingin mengintegrasikan ciri kecerdasan buatan ke platform mereka. Kali ini bukan chatbot, sebaliknya adakah mod Panorama baharu yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan. Buat masa ini masih tidak pasti bagaimana ia berfungsi. Ciri ini ditemui dalam Instagram untuk iOS versi ver. 300.0 tetapi masih belum aktif.

Penggunaan Panorama memberikan hasil imej dengan pemandangan yang lebih luas kerana gambar diambil secara melintang dan peranti perlu digerakkan dari kiri ke kanan. Ciri kecerdasan buatan ini mungkin seakan Generative Fill pada Photoshop, di mana ambil satu gambar dan bahagian kiri dan kanan akan diisi secara automatik. Sama-sama kita nantikan.
- Sumber
- The Verge
