Iggy Houben tiada darah Malaysia

LocalFootball
31 Dec 2024 • 1:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Iggy Houben

HASRAT untuk melihat antara salah seorang pemain 'warisan' gred A berpotensi menyertai Harimau Malaya, Iggy Houben mungkin tidak kesampaian selepas keluarganya menafikan pemain itu mempunyai pertalian darah Malaysia.

Menerusi satu status di Facebook yang dipercayai ibu kepada Houben, Marielle Houben berkata, mereka seratus peratus berasal daripada Belanda dan tidak memiliki keturunan dari Malaysia.

"Malaysia? Keluarga kami seratus peratus Limburg (salah satu wilayah di Belanda)," katanya yang turut berkongsi keratan berita yang mengaitkan Houben dengan Malaysia.

Houben dikatakan menjadi antara pemain warisan berpotensi menyarung jersi Harimau Malaya selepas didakwa mempunyai pertalian darah Malaysia.

Satu akaun di laman Instagram juga telah berkongsi sesi soal jawab dengan Houben dan pemain muda kelab Belanda, PSV Eindhoven turut mengesahkan neneknya berasal dari Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Namun, kenyataan daripada keluarganya yang menafikan mempunyai keturunan Malaysia menyebabkan timbul persoalan mengenai status pemain itu.

Sebelum ini, beberapa pemain yang dikaitkan antara calon pemain warisan negara turut menafikan mempunyai pertalian dengan Malaysia.

Ia termasuk pemain Burnley, Josh Brownhill selain pemain Newcastle United, Isaac Hayden yang meminta mereka tidak dikaitkan lagi dengan isu pemain warisan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved