Kapten Burnley nafi warga Malaysia

29 Dec 2024 • 8:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Brownhill. Foto Agensi

KAPTEN Burnley, Josh Brownhill, menafikan bahawa dirinya ada pertalian darah dengan Malaysia untuk mewakili Harimau Malaya.

Sebelum ini, pemain tengah berusia 29 tahun itu digembar-gemburkan untuk menjadi antara calon utama pemain berdarah warisan buat Harimau Malaya.

Bagaimanapun, Brownhill, dalam satu kiriman Instagram Story sebentar tadi, berkata dia hanya memiliki kewarganegaraan England dan tiada kaitan dengan Malaysia. "Hanya mahu menjelaskan mengenai situasi berkenaan khabar angin yang bertebaran.

"Malangnya, satu-satunya kewarganegaraan saya adalah Inggeris dan saya bukan warga Malaysia seperti yang sesetengah orang sangka.

"Saya tidak pasti bagaimana ia bermula tetapi saya mahu menjelaskannya.

"Bagaimanapun, terima kasih atas sokongan tidak kira apa juanya," katanya. - Stadium Astro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved