IHPR Malaysia Naik 7.8 Peratus Pada Mei 2026

LocalBusiness & Finance
29 Jun 2026 • 1:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

IHPR Malaysia Naik 7.8 Peratus Pada Mei 2026

IHPR Malaysia Naik 7.8 Peratus Pada Mei 2026

Tekanan harga di peringkat pengeluar terus menunjukkan trend peningkatan apabila Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia merekodkan kenaikan 7.8 peratus pada Mei 2026 berbanding 5.4 peratus pada bulan sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, peningkatan itu didorong oleh pertumbuhan positif dalam semua sektor utama ekonomi, dengan sektor perlombongan kekal mencatatkan lonjakan tertinggi.

Menurut jabatan itu, sektor perlombongan meningkat 52.6 peratus pada Mei selepas merekodkan kenaikan 53.4 peratus pada April lalu.

Katanya, peningkatan ketara itu didorong terutamanya oleh indeks pengeluaran petroleum mentah yang melonjak sehingga 74.5 peratus.

Baca juga:

Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan pula mencatatkan pertumbuhan 8.9 peratus berbanding 2.7 peratus bulan sebelumnya, disokong oleh kenaikan dalam indeks perikanan sebanyak 15.2 peratus dan penanaman tanaman kekal sebanyak 11 peratus.

Dalam masa sama, sektor pembuatan meningkat 3.5 peratus berbanding 1.1 peratus pada April, didorong oleh kenaikan dalam indeks pembuatan kok dan produk petroleum bertapis sebanyak 12.3 peratus serta pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal sebanyak 5.7 peratus.

Menurut DOSM, sektor bekalan air serta elektrik dan gas turut merekodkan peningkatan masing-masing sebanyak 11.2 peratus dan 10 peratus.

Pada asas bulan ke bulan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 1.1 peratus selepas mencatatkan pertumbuhan 3.2 peratus pada April.

Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 0.3 peratus manakala sektor pembuatan naik 1.8 peratus, disumbangkan oleh peningkatan dalam indeks produk petroleum bertapis.

Bagaimanapun, sektor perlombongan mencatatkan penyusutan 2.8 peratus pada asas bulanan berikutan penurunan dalam indeks pengekstrakan gas asli sebanyak 5.9 peratus dan petroleum mentah sebanyak 2.1 peratus.

Jabatan itu berkata, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya terus melonjak 31.5 peratus, dipacu oleh kenaikan bahan bukan makanan sebanyak 38.1 peratus.

Sementara itu, indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen meningkat 3 peratus, manakala indeks barang siap mencatatkan pertumbuhan 1.7 peratus.

Katanya, secara keseluruhan semua peringkat pemprosesan menunjukkan peningkatan pada Mei 2026, mencerminkan tekanan kos yang masih berterusan dalam rantaian bekalan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved