Ikan Haruan Kurus Kering Selepas Setahun Terbiar Dalam Tong Sendirian Tanpa Makanan [Video]

1 Dec 2025 • 11:08 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Siapa sangka dengan kuasa Tuhan, seekor ikan haruan masih mampu bertahan hidup di dalam bekas tong terbiar berisi air tanpa makanan selama lebih kurang setahun.

Kisah ajaib mengenai ikan berkenaan dikongsikan sendiri oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Iqbal Adzrin di akaun TikTok miliknya pada baru-baru ini sehingga meraih perhatian ramai.

“Hari ini nak pakai tong, buka-buka tengok ada ikan haruan. Setahun duduk dalam tong minum air sahaja,” katanya.

Sedih lihat ikan haruan kurus kering, setahun tak makan

Apa yang lebih menyentuh hati, ikan yang terbiar sendirian di dalam bekas itu dilihat berada dalam keadaan sangat kurus dan tidak bermaya.

Menurut Iqbal, selama setahun air di dalam tong berkenaan tidak pernah kering kerana diisi secara semula jadi dengan air hujan.

Kisah mengenai ikan haruan berkenaan kemudiannya mendapat perhatian ramai di mana rata-rata bersimpati terhadap nasib haiwan terbabit dan mempersoal bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.

@penghibur_sepi hari ni nak pakai tong buka2 tengok ada haruan…tapi…image is not availableimage is not availableimage is not available #brandatiktok #foryou #haruancore #fyppppppppppppppppppppppp #ditajaimage is not available ♬ Lantunan Guluncam Sedih – Aslamiyah

Bukan sengaja, tak sedar masih ada ikan yang belum dilepaskan dalam kolam

Iqbal kemudiannya tampil dengan video berasingan menjelaskan bahawa perbuatan itu bukanlah disengajakan, sebaliknya dia tidak menyedari bahawa masih tersisa seekor ikan yang masih belum dilepaskan ke dalam kolam di belakang rumah.

“Ingatkan tong itu dah tak ada ikan sebab semua ikan sudah dilepaskan dalam kolam. Bila hari ini buka tengok ada ikan dalam keadaan macam itu,” katanya lagi.

Iqbal kemudiannya merawat ikan berkenaan dengan meletakkannya di dalam akuarium dan memberi makan serta ubat khusus buat haiwan itu.

@penghibur_sepi Replying to @amiraaaaaaaaa90 ♬ original sound – DNP
@penghibur_sepi Replying to @kachanghazhel ♬ original sound – DNP

Netizen nak tahu perkembangan ikan haruan, harap ia mampu bertahan hidup dan sihat

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mahu Iqbal terus memberi ‘update’ tentang ikan haruan itu.

Tidak kurang juga yang berharap agar ikan berkenaan kembali sihat seperti sediakala dan terus dijaga oleh Iqbal.

image is not available
image is not available
image is not available