Ikan Mata Tiga Ditemui, Peminat Kata Ramalan The Simpsons Tepat Lagi

22 Jun 2024 • 11:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Siri animansi The Simpsons memang mempunyai sensasi tersendiri terutama bagaimana ia dikatakan telah meramal banyak kejadian yang akhirnya menjadi kenyataan.

Terkini, peminat siri tersebut menggaitkan ramalan ikan bernama Blinky yang pernah muncul dalam salah satu episod tayangan di tahun 1990 dengan penemuan seekor ikan bermata tiga, lapor Mirror.

Ramalan

Ikan dengan mata tiga tersebut ditemui di pantai di Greenland. Selepas tular di platform Reddit, ramai pengguna media sosial menggaitkannya dengan kisah Blinky.


Blinky sebelum ini muncul dalam episod Two Cars in Every Garage and Three Eyes on Every Fish menerusi musim kedua animasi tersebut.

“Ramalan The Simpsons benar lagi,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Blinky!” tulis seorang lagi merujuk kepada watak ikan yang pernah muncul dalam animasi tersebut.

Meski ramai yang menggaitkan ikan mata tiga itu dengan Blinky, ada pengguna media sosial mengatakan haiwan yang ditangkap tersebut mengalami kecacatan.

Sebelum ini beberapa babak dalam siri yang pertama kali ditayangkan pada 1989 tersebut didakwa telah meramal dengan tepat termasuk Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat dan wabak COVID-19.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved