‘Ikan zombi’ ditemukan di Sungai Mekong 

WorldEnvironment
16 Nov 2026 • 7:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Ikan zombi’ ditemukan di Sungai Mekong 

BANGKOK: Penemuan berpuluh-puluh ekor ikan yang mengalami lepuh, luka serta perubahan warna pada siripnya  mencetuskan kebimbangan berhubung risiko pencemaran arsenik dan logam berat lain di Sungai Mekong, sebelah Thailand.

Fenomena ganjil itu tular selepas aktivis alam sekitar Aombun Thipsuna memuat naik gambar spesies ikan keli gergasi tempatan atau dikenali sebagai ‘pla khae’ yang terjejas, mendorong penduduk tempatan menggelarnya sebagai ‘ikan zombi’.

Menurut Aombun, pencemaran logam berat disyaki melemahkan sistem imunisasi hidupan air tawar sekali gus mendedahkannya kepada jangkitan penyakit, namun punca sebenar simptom tersebut belum dapat disahkan secara rasmi.

Memetik laporan laman berita Ejan, beliau berkata, nelayan di kawasan itu mula mengesan kelainan pada ikan di Sungai Mekong sejak tempoh pascapandemik Covid-19.

Keadaan itu dikaitkan dengan laporan pemantauan kualiti air oleh Jabatan Kawalan Pencemaran Wilayah 9 di Udon Thani yang merekodkan peningkatan kepekatan logam berat di Sungai Mekong sejak tahun 2023.

“Tahap pencemaran meningkat dengan lebih mendadak antara tahun 2024 hingga 2026.

 “Ukuran arsenik terkini pada Ogos lalu merekodkan bacaan tiga hingga empat kali ganda melebihi had piawai 0.01 miligram seliter di beberapa kawasan sekitar wilayah Loei dan Nong Khai,” katanya.- AGENSI

 

The post ‘Ikan zombi’ ditemukan di Sungai Mekong  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved