Ganti ternak ikan keli Afrika dengan puyu di sawah

LocalEnvironment
5 Nov 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ganti ternak ikan keli Afrika dengan puyu di sawah

PORT DICKSON: Jabatan Perikanan Negeri Sembilan mempertimbang untuk menggantikan penggunaan ikan keli Afrika dengan ikan puyu dalam kajian integrasi ternakan ikan bersama tanaman padi di Kampung Sungai Buloh, Jelebu.

 

Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, kajian yang bermula pada tahun 2020 itu bertujuan meneliti potensi pelaksanaan sistem ternakan ikan secara bersama dengan tanaman padi.

 

Menurutnya, kajian berkenaan kini memasuki pelaksanaan kali keenam dan pihaknya mengambil maklum pandangan serta kebimbangan orang awam berhubung penggunaan ikan keli Afrika yang dikaitkan dengan spesies invasif.

 

“Kami mungkin akan menukar penggunaan ikan keli Afrika kepada ikan puyu kerana ia lebih mesra sumber dan bukan spesies invasif.

 

“Kajian ini penting bagi melihat bagaimana sawah padi boleh bersimbiosis dengan ikan,” katanya selepas menghadiri Program Penyerahan Bantuan Insentif Sokongan dan Anjakan Nelayan (Insan) kepada Nelayan Negeri Sembilan di sini, hari ini.

 

Mengulas kebimbangan berhubung kemungkinan ikan berkenaan terlepas ke perairan umum, Kasim berkata, kajian itu hanya dilaksanakan di satu petak sawah berkeluasan 0.1 hektar daripada beberapa petak yang terdapat di kawasan berkenaan.

 

“Jadi dakwaan daripada individu tersebut, kami ambil maklum dan akan ambil penambahbaikan.

 

“Sebenarnya ini adalah kajian, jadi tiada isu berhubung perkara itu kerana kami sudah mengawal semua aspek termasuk lokasi dan kemungkinan ikan keluar ke perairan umum memandangkan ia hanya satu kajian,” katanya.

 

Beliau berkata, projek berkenaan turut berpotensi menjadi tarikan ekopelancongan apabila pengunjung bukan sahaja dapat melihat aktiviti penanaman padi, malah berpeluang melakukan aktiviti memancing.

 

Terdahulu, media melaporkan tindakan melepaskan ikan keli Afrika ke dalam saliran sawah di Kampung Sungai Buloh, Jelebu dibimbangi mengancam ekosistem populasi ikan tempatan.-UTUSAN

 

The post Ganti ternak ikan keli Afrika dengan puyu di sawah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved