“Ikhwan Aircond tiada kaitan dengan GISB”- Bimbang Nama Turut Terpalit, Penjelasan Syarikat Ini Tentang Nama Perniagaannya Buat Ramai Terhibur

LocalEntertainment
14 Sep 2024 • 11:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan kes yang melibatkan Global Ikhwan Service and Business Holding atau GISBH, nampaknya nama Ikhwan kini sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Meskipun tidak mempunyai kaitan dengan GISBH, namun syarikat elektrik Ikhwan Aircond & Elektrik ini dilihat bimbang jikalau nama syarikat mereka terkena tempiasnya.

Untuk mengelakkan kekeliruan, syarikat ini telah tampil memberi penjelasan tentang nama syarikatnya menerusi TikTok.

Dalam video TikTok tersebut, syarikat Ikhwan Aircond & Elektrik memaklumkan kepada semua pelanggan dan orang ramai bahawa syarikat mereka itu tiada kena mengena dengan Global Ikhwan GISBH.

image is not available

Nama Ikhwan dalam syarikat kami adalah sempena nama pengasas kami, Ikhwan Hakim, dan bukan merujuk kepada mana-mana entiti atau organisasi lain,” jelas pihak Ikhwan Aircond & Elektrik.

Pihak Ikhwan & Elektrik turut berharap dengan penjelasan ini, sebarang kekeliruan dapat dielakkan.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata warganet dilihat terhibur dengan penjelasan pihak Ikhwan Aircond & Elektrik ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article