Iklan AI guna imej seakan-akan Tun M disahkan tiada kaitan dengan beliau

LocalPolitics
21 May 2025 • 4:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar iklan platform perdagangan dalam talian berkenaan.

SHAH ALAM - Iklan tular melibatkan platform perdagangan dalam talian yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan menampilkan imej seakan-akan Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan tiada kaitan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pengendali akaun media sosial rasmi Dr Mahathir yang mengesahkan bahawa imej negarawan tersebut telah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan promosi.

“Untuk makluman, admin telah menerima iklan ini yang menggunakan imej seakan-akan Dr Mahathir.

“Admin boleh mengesahkan bahawa beliau tidak ada kaitan dengan apa jua produk yang diiklankan di paparan ini. Harap maklum,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Berdasarkan pemerhatian Sinar Harian, platform berkenaan dipercayai menggunakan teknik penyuntingan video bagi memanipulasi ucapan Dr Mahathir, termasuk menukar latar belakang dan menambah logo produk tertentu sehingga seolah-olah beliau sedang mempromosikannya.

Platform berkenaan juga didakwa menawarkan peluang menjana pendapatan hingga RM50,000 sebulan dengan hanya melabur wang sebanyak RM1,000 sebagai modal permulaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved