Iklan Pada Threads Akan Dipertimbangkan Selepas Mempunyai Corak Untuk Mencapai 1 Bilion Pengguna

TechnologyDigital
7 Jul 2023 • 6:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads adalah pesaing Twitter dari Meta dan ia dilihat menarik perhatian ramai orang sehingga mencapai lebih 50 juta pengguna dalam masa satu hari. Dalam tempoh 24 jam sudah ada lebih 95 juta perkongsian dilakukan dalam Threads.

Pasti ramai tertanya adakah aplikasi ini cukup bagus berbanding dengan Twitter? Threads tiada iklan, tiada bot, boleh kongsi sehingga 500 aksara berbanding 280 dan banyak lagi. Bagaimana pula dengan iklan? Buat masa ini menurut Mark Zuckeberg tiada iklan di Threads. Tetapi mereka akan mempertimbangkan untuk memaparkan iklan selepas mempunyai corak untuk mencapai sekitar 1 bilion pengguna.

Pada hari ini, Meta mempunyai beberapa platform dengan lebih 1 bilion pengguna, termasuk Facebook, Messenger, Instagram dan juga WhatsApp.

image is not available

Disamping itu, pelbagai perkara yang Mark Zuckerberg dan Adam Mosseri rancang untuk Threads. Termasuk dengan garis masa untuk akaun yang diikuti sahaja akan diintegrasikan tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved