
Kalau nak hapuskan akaun Threads, mesti hapus akaun Instagram juga
Nak Padam Akaun Threads, Kena Padam Akaun Instagram Sekali. Baru-baru ini, aplikasi baru Meta, iaitu Threads disebut-sebut sebagai pesaing Twitter, yang dilancarkan untuk pengguna global.
CEO Meta, Mark Zuckerberg menyatakan bahawa aplikasi berkenaan berjaya mengumpul seramai 10 juta orang pengguna dalam tempoh 7 jam selepas dilancarkan, menurut laporan.
Seperti yang diketahui umum, aplikasi Threads bersambung dengan akaun Instagram dan tidak boleh didaftarkan secara terpisah.
Proses pendaftaran Threads kelihatan mudah karena bersambung dengan akaun Instagram, tetapi perkara tersebut sebenarnya bakal menjadi kejutan yang tidak terduga bagi pengguna.

Kena padam akaun Instagram sekali, pengguna tidak boleh padam akaun Threads sesuka hati
Untuk makluman, jika anda ingin menghapus akaun Threads secara permanen atau kekal, anda perlu menghapus akaun Instagram yang digunakan saat mendaftar Threads.
Dengan kata lain, tidak ada butang ‘undo’ atau cara lain untuk menghapus akaun Threads tanpa juga kehilangan akaun Instagram.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada pilihan untuk memadam akaun akan ditawarkan dalam kemas kini seterusnya.
Namun, usah bimbang, walaupun anda tidak boleh memadam, akaun Threads masih boleh dinyahaktif untuk tempoh tertentu.
Tidak beri kesan apa-apa jika nyahaktif akaun Threads
Menyahaktif akaun Threads tidak akan memberikan apa-apa kesan pada akaun Instagram anda. Diketahui bahwa pengguna Threads hanya diperbolehkan menyahaktifkan akaun sekali dalam seminggu.

Namun, hal ini berbeza ketika anda menyahaktifkan akaun Instagram yang digunakan untuk mendaftar Threads. Jika langkah ini diambil, maka akaun Threads anda juga akan dinyahaktifkan secara bersama.
Apa yang akan terjadi jika anda menyahaktifkan profil Threads anda?
Setelah profil Threads dinyahaktifkan, semua kiriman dan interaksi dengan pengguna lain tidak akan terpapar dalam Threads.
Penting untuk diingat bahwa ketika anda menyahaktifkan Threads, semua data termasuk hantaran-hantaran yang telah dibuat sebelumnya tidak akan dihapus atau dipadam sekali. Sebaliknya, anda perlu menghapus kiriman-kiriman tersebut secara manual terlebih dahulu.
Perlu diketahui sekali lagi, tindakan menyakatifkan akaun Threads tidak akan memberikan apa-apa kesan pada akaun Instagram anda.


