Iktiraf NREP bukti Arab Saudi tahu perkembangan terkini Malaysia: PM

Politics
24 Oct 2023 • 8:45 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KAHERAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengiktirafan kerajaan Arab Saudi terhadap inisiatif Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Diperbaharui (NREP) sebagai bukti negara itu sentiasa mengikuti perkembangan Malaysia.

Beliau berkata, pengiktirafan berkenaan juga membuktikan Putera Mahkota Mohammed bin Salman tertarik dengan inisiatif yang diambil oleh Malaysia itu.

“Baginda (Putera Salman) tertarik dan mahu kerjasama kita dalam sumber tenaga boleh baharu, hidrogen, hidrogen hijau dan hal-hal yang kita sebut dalam hala tuju transisi tenaga kita.

“Saya tentu terkesan kerana nampaknya negara Arab itu ambil pandangan amat serius tentang perkembangan mutakhir di Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia dalam sidang akhbar pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir.

Dalam kenyataan bersama Malaysia dan Arab Saudi semasa lawatan kerja Anwar ke Riyadh baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi memperakui inisiatif NREP Malaysia itu sebagai langkah positif ke arah transisi kepada tenaga hijau. - 24 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved