Ikut Acara Larian, Bapa Gendong Anak Syurga Ke Garisan Penamat Undang Sebak

3 Oct 2023 • 5:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa jarang diperkata, namun nilainya tetap tiada tandingannya. Ungkapan tersebut dapat digambarkan dengan pengorbanan seorang lelaki yang dikenali sebagai Wira Sudepja Rabu, seorang bapa gendong anak syurga ketika mengikuti acara larian.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki terbabit di laman TikToknya, dia meluahkan rasa gembira apabila mendapat peluang untuk membawa anak syurganya itu ke acara larian tersebut yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bapa Gendong Anak Syurga

Dalam perkongsian tersebut, Wira memaklumkan penglibatan anaknya ke acara larian yang berlangsung ada 1 Oktober lalu untuk meraikan ulang tahun kelahiran Dihan yang ke 15 tahun.

Demi menggembirakan hati Dihan, dia sanggup menolak stroller Dihan sebaik sahaja larian dimulakan malah mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton ketika mengendong anaknya itu menuju ke garisan penamat.

image is not available

“Kegembiraan anak syurga bila berlari…Acara terbesar di Malaysia Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon. Kesungguhan lebih 40,000 pelari mengharungi larian 21 dan 42 kilometer.

“Kemeriahan menuju ke garis penamat, untuk mencipta momen istimewa bersama demi meraikan hari jadi Dihan yang ke 15 tahun.

“Duhai anak, hidup ini bukan sekadar bertahan hidup. Hidup anak syurga sepertimu luar biasa. Moga dikurniakan kesihatan yang baik agar kita hargai nikmat kehidupan dengan kesyukuran. Alhamdulilah anugerah terindah,” ujarnya dalam video tersebut.

image is not available

image is not available

Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan pengorbanan yang ditunjukkan oleh Wira sebagai seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak tersayang.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar urusan Wira dan Dihan dipermudahkan urusan bahkan sentiasa sihat selalu disamping keluarga tersayang.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @Wira Sudepja Rabu