“Best dad ever!”- Bapa Sambut Hari Jadi Anak Syurga, Lari Maraton Sambil Tolak Kerusi Roda

Entertainment
3 Oct 2023 • 4:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Inilah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya. Lebih istimewa, ada sesetengah ibu bapa yang diberi rezeki untuk menjaga anak kelainan upaya (OKU).

Baru-baru ini telah berlangsung satu acara maraton tahunan, Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM 2023) di Kuala Lumpur. Peserta yang terlibat perlu berlari mengikut jarak yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Satu kisah yang meruntun jiwa terjadi ketika maraton itu, ada seorang bapa menyertai larian tersebut bersama anak istimewanya.

Video yang dimuat naik oleh @wiradihan memaparkan dirinya sedang berlari sambil menolak kerusi roda milik anak perempuannya yang kelainan upaya. Anaknya dilihat sangat gembira ketika bersama-sama menyertai acara tersebut.

Ada juga insan yang baik hati membantu lelaki tersebut menolak kerusi roda anaknya. Ramai peserta dan penonton juga bersorak serta memberi semangat kepada mereka sewaktu hampir tiba di garisan penamat.

Menurut bapa yang hebat itu, dia mahu mencipta kenangan istimewa di samping meraikan hari jadi anaknya yang ke 15 tahun.

Dukung anak sambil lari ke garisan penamat

Bapa itu juga dilihat mendukung anaknya sambil berlari ke garisan penamat. Ia menjadi perhatian para penonton dan peserta di sebelah kiri jalan dan mereka terus memberi semangat kepada bapa dan anak tersebut. Kerusi roda itu pula ditolak oleh peserta larian yang lain.

Duhai anak, hidup ini bukan sekadar bertahan hidup. Hidup anak syurga sepertimu luar biasa. -@wiradihan

Setelah sampai di garisan penamat, bapa itu terus mencium pipi anak itu sebelum meletakkannya dalam kerusi roda semula. Di akhir video, bapa itu juga berkata berkongsi gambar anaknya memakai medal larian itu.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen berkongsi rasa kagum dan terharu dengan ketabahan seorang bapa yang mencipta kenangan berharga bersama anaknya.

image is not available image is not available

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.